Minggu ni dah nak masuk 38 weeks tapi baby still tak engaged lagi... Wahai baby, bila awak nak keluar ni?? Aishh..... Cepat-cepat sikit la keluar tu.... Dah tak sabar nak jumpa dengan awak ni.
Hari Isnin haritu checkup 37 weeks doc kata baby dah kat bawah tapi kepala tak masuk laluan lagi. Maknanya lambat lagi lah ni bersalinnya. Tanda-tanda pon takde lagi ni. Rilex je boleh jalan-jalan, gi keje macam biasa. Orang lain pulak yang seram tengok. Hek ehh! Tapi tak suka la bila orang asyik tegur " ehh!! ada lagi? tak bersalin lagi ke?? eiii dah sarat ni tengok..." grrrrrr!
Sabor jela... Dah baby taknak keluar lagi. Sedap duduk dalam perut kot, mommy die makan macam-macam. Nanti dah keluar kena minum susu je ye.. hihihihi..
Camne ye nak bagi baby cepat engaged? Sekarang kalau pergi kerja saja parking jauh-jauh, naik tangga sebab nak banyakkan berjalan dan bergerak dengan harapan si baby akan turun cepat. Tapi rasa cam same je. Masih bertenaga.
Takpelah, sabar menanti. Semoga baby keluar cepat-cepat dan dipermudahkan. Mommy dan Abah sabar tunggu kamu sayang. Nanti kita jumpa k... muahhmuahhh! lebiuu baby A!! hihihi
CETAPHIL BABY MOISTURISING BATH & WASH REVIEW
-
Hi dan assalamualaikum.
Kebanyakan baby dan toddler ada kulit yang delicate & sensitif. Samalah
macam anak-anak I. Especially Nolan, kulit dia memang ters...
4 years ago