Kawan-kawan aku semua tahu pasal ni. Sebab aku selalu cakap kat diorang. Tapi mamat tu tak tahu... admirer dari jauh jek... sob sob sob.. Kalau ak ternampak mamat tu, kawan yang berada kat sebelah aku akan jd mangsa cakaran maut tangan aku... Aku seperti terkena renjatan elektrik bila nampak mamat tu terus cengkam tangan kawan aku.. hahahaha! Kesian kawan aku tu.
Kat sekolah, setiap hari pasti akan cari mamat tu... tengok dari jauh pon cukup. Kalau ada aktiviti kat sekolah mesti nak cari-cari mamat tu jugak. Waktu rehat, selalu akan ambik kesempatan beratur sebelah mamat tu kat kantin sekolah. Waktu balik dari sekolah, sanggup balik lambat sebab nak tunggu Dia... Biasa budak Form 5 akan balik lewat sikit. Sanggup ni tunggu Dia, konon nak balik saing. Bukan saing sangat sebenarnya, aku just ikut belakang Dia je.... hahahahaha sekali lagi.
Kalau ada kelas tambahan hujung minggu, aku akan masuk kelas Dia, susunkan buku-buku bawah meja Dia. Kalau cikgu minta tolong tandakan markah untuk budak Form 5, aku akan cari name die (tolong bagi markah lebih) euwww! gedikk okie !!
Bila dah nak habis sekolah tu, aku beranikan diri bagitahu aku suka kat Dia. Dia macam bangga la aku suka kat Dia... Dia buat tak tahu je kat aku. Bapak malunye diriku ini. Tapi aku still tunggu Dia dengan harapan Dia akan suka kan aku balik. Lame...... dari aku Form 2 sampai la aku Form 5 dan abis sekolah. Aku tunggu Dia... Tapi tak ada respon. Kesian kat aku... sob sob (sebab tu aku tak da boifren masa sekolah) ceh! alasan....!
Tapi tiap hari aku berdoa, semoga Dia suka kan aku............ Setiap hari sampai aku dah habis belajar.
Mungkin sebab terlalu lama sangat menunggu dan setia, lama-lama perasaan tu jadi penat. Sampai aku dah rasa benci pulak dekat Dia... Sebab Dia buat aku suka sangat kat Dia. Tapi Dia buat tak tahu kat aku... Sedih okie... Apa la nasib... huhu.
Dan sekarang, baru-baru ni... Terserempak dengan Dia. Setelah sekian lama. Tiba-tiba Dia mesej. Dan bagitahu suka dekat aku. Tapi perasaan aku ni dah lama hilang pada Dia. Dah takde langsung... Kalau boleh bagi markah, mungkin Dia dapat markah -40.. negatif tu! Punya la tak da perasaan dah. Sebab fikir apa yang dah Dia buat pada aku selama beberapa tahun tu... Buat tak tahu je. Bila aku dah bergaya sikit, dah ade kerjaya, ade aset semua baru Dia nak pandang aku. No way!
Sekarang Dia pulak yang jadi macam aku dulu... Terkejar-kejar, tercari-cari, mesej, call. Tapi aku dah tak de perasaan tu. Takde. Dia mesej pon aku tak rasa exited macam dulu-dulu, nampak Dia je macam dah nak sawan. Semua tu dah takde, kosong! Semua tu dah lambat. Betul lah cakap orang, hidup ni macam roda, KARMA. Kalau kita buat kat orang, suatu hari kita pon akan kena macam tu. Sebab tu lah, bila ada orang yang ikhlas sayang kita, nakkan kita, kita kena hargai sebab bila orang tu dah pergi, kita akan jumpa lagi tak orang yang sayang kita macam tu??? Aku harap Dia akan jumpa perempuan yang macam 'aku' dulu. Dan aku rasa Allah dah makbulkan doa aku yang setiap hari tu supaya Dia sukakan aku. Allah makbulkan doa aku yang bertahun-tahun lamanya...... (^^,)
Tapi macam mana sekalipon hati aku dah takda untuk Dia. Sebab aku dah penat mengejar dulu.... cewah!! huhuhuhu... Aku ni memang ditakdirkan mengejar je kot? Sebab semua lelaki yang aku suka, selalu buat tak tahu kat aku... Aku jek yang duk terhegeh-hegeh kejar.. Haishhh!! Untung ke tak untung dapat aku?? hahahaha...
Aku percaya yang Allah pasti dah tetapkan perkara yang TERBAIK untuk aku. Sebab tu aku belum dapat lagi kebahagiaan aku tu. Mungkin Allah nak aku berdoa bertahun-tahun macam Nabi Adam pada Dia... Sebab Allah tahu apa yang terbaik untuk aku. Kadang-kadang apa yang aku nak tu bukan yang terbaik untuk aku sebab tu Allah tak makbulkan... Orang yang di uji tu sebenarnya Allah SAYANG, Allah JAGA, Allah perhatikan..... Terima kasih ya Allah... Biarlah CINTA aku ni, hanya untukMu sahaja... Kalau dengan cara tu membuatkan aku lebih dekat dengan Allah, aku redha.............. (^_^)
kelassssssssssss mas!!!!!!!!!! hehehe...takper..carik jer yg len mas...mesti ader lelaki hensem yg len utk kamu,hehehe
ReplyDeletesayu je bace cite awok neh..betoi2...karma...:)
ReplyDelete