skip to main |
skip to sidebar
Dunia Sebelah Yang Aku Suka
Hidup boleh jadi lebih menggembirakan dan kurang mengecewakan apabila kita menyedari bahawa apa yang kita miliki saat ini adalah sesuatu yang sudah ditentukan oleh Yang Maha Berkuasa - Benda yang kita mahu tetapi tidak dapat memiliki mungkin hanya akan bawa bencana yang kita tidak dapat jangka.
Kadangkala aku rasa aku bukan kawan yang baik. Sebab aku tidak dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan kawan-kawan aku yang hebat. Tapi aku bersyukur, sekurang-kurangnya mereka hadir dalam hidup aku, memberikan aku sebab lebih kuat untuk terus jadi manusia.
Bebuat baik pada mereka yang tidak menyukai kita bukanlah sesuatu yang palsu atau berpura-pura, itu mungkin bermakna kita sudah jadi semakin matang untuk bertolak ansur dan toleransi dengan sikap mereka yang tidak pernah menganggap kita manusia.
Dunia Sebelah Zara
No comments:
Post a Comment