Thursday, October 31, 2013

Hati

Berhati-hati dengan hati. Tersilap boleh makan hati. Jadi, hati-hati...


Thursday, October 24, 2013

Hurmmm

Kalau hari Jumaat je mesti kamu nak naik hangin kan? Kamu ni kenapa? Semua orang ada masalah tau? Tapi tak macam kamu. Suka marah orang, maki-maki orang. Kamu tak fikir ke perasaan orang? Orang yang kamu marah-marah depan orang lain. Malu tahu? Kamu memang takde perasaan.

Taktahu lah apa nak jadi dengan kamu ni. Bukan kanak-kanak, dah boleh jadi nenek orang pun. Tak faham lah dengan kamu ni. Kenapa perlu marah-marah? Cakap elok-elok, nasihat cara baik tak boleh? Apa lah nak jadi dengan tempat ni. Parah! makin parah!.

Semoga Allah bantu............. amin.


Monday, October 21, 2013

Bandung Family Trip

Haiiii u olsss...

Okay harini nak cerita pasal trip ke Bandung bersama keluarga mertua tempoh hari (lama dah sebenarnya bulan 5 hari tu).  Kami pergi hujung bulan 4 2013 selama 4 hari 3 malam. Actually tiket flight hakak biras dah booking siap-siap before aku dengan husband kahwin lagi (waktu promo).

We ols berlepas pagi isnin, pagi-pagi lagi, pukul berapa tak ingat, boleh??? Nampak sangat tak alert kan. Perjalanan dari Malaysia makan masa selama 2 jam. Tapi kat bandung waktunya lewat sejam, kalau kat Malaysia pukul 8 kat Bandung baru pukul 7... Haaaa gituuuu...


Ni la hotel yang we ols duduk sepanjang 4 hari berada di Bandung, Victoria Luxurious Guess House. memang selesa la hotel ni dan cantik juga. Eh lupa pulak, sepanjang we ols kat sana, we ols dibawa oleh Pak Ratno (kira macam tour guide la) menaiki 1 van yang memang muat untuk rombongan we ols ni kan. Pak Ratno ni memang sangat baik dan friendly la, siap bawak anak dia datang hotel jumpa we ols malam sebelum we ols balik tu. Lain kali kalau pergi Bandung lagi boleh contact Pak Ratno




Ni pulak nombor fon yang we ols guna masa kat sana, SIMPATI ye namanya, nak guna pun terasa simpati. Senang nak wats app adik beradik kan. Yang penting murah ok! Nombor ni pun kami beli dengan Pak Ratno sebab beliau kata kalau beli dengan orang lain (yang jual kat airport tu mahal sikit). 




Haaaaa.... Ni masa kat Tangkuban Parahu. Kat kawah gunung berapi di Bandung. Sejuk sikit kat situ. Gunung berapi ni masih aktif tau tapi selamat la untuk kunjungan pelancong. Dan sangat cantik kawah-kawah kat sini. Lagi satu, masa kat sini akan ada penjaja dan penjual cenderehati yang akan follow kita suruh beli barang diorang. Nasihat aku, buat tak tahu je dan jangan terpedaya dengan gaya diorang (buat muka kesian) kalau korang tak nak beli. Kalau nak beli, beli jela. Tapi sebenarnya cenderahati kat sini lagi mahal dari kat bandar macam dekat Pasar Baru, Toko 3 dan sebagainya. 



Pokok-pokok kat belakang tu sangat cantik.




Cantikkan kawah gunung berapi ni? Kuasa Allah kan... Subhanallah...

Orang cakap kalau pergi bandung memang tak sah kalau tak pergi Kartika Sari. Kat sini ada jual macam-macam kek lapis. Boleh lah pilih nak rasa apa. Yang adik ipar aku pulak, memang sibuk bebeno mencari pisang keju. Kat sini ada jual pisang keju. Sedap!



 Fefeling jalan dengan suami... puiiiii sangat kan?? hahahhahaa



Tengoklah penempatan diorang memang sangat padat. Lagi satu rumah-rumah kat sini macam tak tersusun dan bersepah. Bila tengok pemandangan macam ni terus rasa rindu dekat Malaysia (cewahh! macam lah pergi lama sangat ye dak???) hehehehhee



 Kemahin berehat lagi engko yek???? Ni kat hotel, depan hotel... Boleh rilex-rilex kat situ sambil main buai. Kerusi goyang pun ada tau... Memang rasa rilex la.



Yang ni pulak dekat Toko Tiga, kat sini ada jual banyak jeans dan T-shirt yang berjenama. Aku beli T-shirt je. Entah macam tak berkenan pulak nengok jeans masa tu. ekekekkekekeke.



Makan pulak kat sana banyak masakan padang. Diorang akan hidangkan banyak lauk. Makan yang mana kita nak je. Makanan yang kita tak makan tu diorang takkan kira. Tapi masa kat sana tekak aku selalu rasa tak kenyang. Mungkin tak kena dengan selera. Sanggup beli maggie kat kedai 24jam tu. Huhuhuhu. Banyak cekadak pulak kan?



Tapi.... Haaa ada tapi okay.. Bakso kat sana memang superb. Terkenang-kenang sampai balik Malaysia rasanya tu. Gambar kat atas ni masa we ols (yang single2 dan takde anak keluar bersosial malam sebelum balik Malaysia, siap pergi karaoke. Macam lah kat Malaysia takde karaoke) tengah makan bakso, pastu tetiba ada brother baskin ni nyanyi-nyanyi minta uwang recehan... Mesti kawan-kawan si Tegar ni. Suara diorang sedap-sedap hokeiiii, memang sedap lah. Masa we ols dah nak balik ada budak-budak pulak menyanyi tapi aku tak sempat nak snap gambo. Adik ipar aku jek sempat ambik video, pun sedap suara budak-budak ni. 


Haaaa tu la serba sedikit cerita dan kenangan aku dan family mertua masa di Bandung. Inn syaa Allah kalau ada rezeki nak pergi lagi sebab Bandung best! Orang-orang kat sana pun peramah. Rasa nak pergi lagi atas tujuan bershopping. Ekekekekkekekeke... okay daaaaaaaaaaaaaa.... :)


Thursday, October 17, 2013

Proses Kejadian Manusia dan Roh

Proses Kejadian Janin dan Peniupan Roh

Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas Rasulullah, ahli keluarga dan semua sahabatnya.
Telah masyhur di kalangan ulama’ Islam yang dahulu dan  sekarang berfahaman bahawa kejadian janin yang pertama ialah; air mani (النطفة), segumpal darah (العلقة), kemudian seketul daging (و(المضغة. Semua proses kejadian ini ialah selama 120 hari, berdasarkan kepada apa yang difahami dari hadis menghimpun kejadian manusia (جمع الخلق) yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan lainnya dari ‘Abdullah bin Mas’ud  r.a katanya:
( حدثنا رسول الله صلى الله عليه وسلم -وهو الصادق المصدوق- قال: “إن أحدكم يُجمع خلقُه في بطن أمه أربعين يوما، ثم يكون علقة مثلَ ذلك، ثم يكون مضغة مثل ذلك، ثم يبعث الله ملكاً يؤمر بأربع كلمات ويقال له: اكتب عمله وأجله ورزقه وشقي أو سعيد. ثم ينفخ فيه الروح…”). صحيح البخاري رقم (3208).
Maksudnya: “Rasulullah saw telah menceritakan kepada kami –sedang Baginda adalah orang benar yang telah dibenarkan kata-katanya- sabdanya: “Bahawa seseorang kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari, kemudian dijadikan segumpal darah seumpamanya, kemudian dijadikan seketul daging seumpamanya, kemudian Allah mengutuskan seorang Malaikat untuk menulis empat kalimah  dan diarahkan agar menulis; amalannya, ajalnya, rezekinya dan untung jahat atau untung baik, kemudian ditiupkan rohnya…”. [Sahih Al-Bukhari No. 3208].
Berdasarkan yang disebut dalam hadis, mereka menafsirkan  bahawa roh ditiup ke dalam janin pada waktu ianya  berupa seketul daging, yang pada zahirnya selepas 40 hari yang ketiga[2].
Kerana inilah ada ulama’ yang mengeluarkan fatwa bahawa boleh menggugurkan kandungan dalam masa 4 bulan pertama dari kehamilan dengan tidak ada sebab yang dharurah, kerana pada fahaman mereka janin hidup pada peringkat ini sebagai hidupan tumbuh-tumbuhan, belum ditiup roh sebagai manusia lagi, dan fahaman ini telah tertanam dalam dengan kuatnya bagi setengah ulama’ sehingga ianya telah menjadi satu fahaman yang diterima dalam Syariah bahawa kejadian janin peringkat pertama melalui tiga kali 40 hari, sedangkan fahaman ini telah bercanggah dengan hakikat ilmiah (saintifik) yang muktamad dalam ilmu kejadian janin di zaman moden, menyebabkan ada segolongan orang Islam yang tidak mendalam ilmu agamanya telah menolak hadis-hadis yang seumpama ini. Demikian juga dengan golongan anti Islam, mereka telah menjadikan hadis-hadis seumpama ini sebagai senjata untuk menghentam Islam.
Ini adalah bertentangan dengan  kajian kepada apa yang dijelaskan oleh Al-Quran tentang proses kejadian janin dan huraiannya oleh ahli-ahli tafsir. Juga sebaaimana yang dijelaskan oleh hadis Nabi saw terhadap masa kejadian janin yang begitu terperinci menyamai apa yang terdapat dalam kajian ilmiah ahli-ahli sains moden bahawa peringkat kejadian janin; bermula dari air mani, segumpal darah dan seketul daging, semuanya terjadi dalam masa 40 hari pertama sahaja.
Dalam perbincangan ini akan disebut beberapa asas;

Pertama: Penjelasan Al-Quran terhadap kejadian janin dan huraian ulama’ tafsir mengenainya.
{ ولقد خلقنا الإنسان من سلالة من طين. ثم جعلناه نطفة في قرار مكين. ثم خلقنا النطفة علقة فخلقنا العلقة مضغة فخلقنا المضغة عظاماً فكسونا العظام لحماً ثم أنشأناه خلقاً آخر فتبارك الله أحسن الخالقين }. المؤمنون 12-14.
Maksudnya: “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari “pati” (yang berasal) dari tanah; Kemudian Kami jadikan pati itu (setitis) air mani pada penetapan yang kukuh; Kemudian Kami ciptakan air mani itu menjadi segumpal darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta”. [Al-Mu’minun: 12-14].
Satu: Peringkat air mani (النطفة).

Kata Ibnu Kathir [3]: ‘Kemudian kami kami jadikan nuthfah; iaitu air yang terpancut keluar dari tulang sulbi lelaki dan tulang punggung perempuan’. Nuthfah juga disebut sebagai percampuran air mani lelaki dan perempuan sebagaiman yang tersebut dalam ayat
 { إنا خلقنا الإنسان من نطفة أمشاج نبتليه..}. الإنسان 2.
“Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari (setitis) air mani yang bercampur (benih lelaki dan perempuan) untuk kami mengujinya..”. [Al-Insan: 2].
Ini disebut sebagai telur yang telah disenyawa dengan beberapa peringkat yang semuanya masih dalam bentuk setitik air.

Dua: Peringkat segumpal darah (العلقة) .

Peringkat ini melalui beberapa proses dari mulanya hingga akhir. Kalimah ‘alaqah seperti yang dijelaskan oleh ahli tafsir ialah: diambil dari kalimah ‘alaqa iaitu melekat dan bergantung dengan sesuatu yang lain. Ini bertepatan dengan keadaan janin yang melekat dengan dinding rahim sepanjang minggu kedua.
‘Alaqah juga disebut sebagai darah atau darah yang sangat merah dan darah beku. Ia bertepatan dengan keadaan janin diperingkat ini. Tempoh proses peringkat ini ialah bermula pada minggu kedua hingga akhir minggu ketiga.

Tiga:Peringkat seketul daging (المضغة).

Bermulanya pada minggu ke empat, tepatnya pada hari ke 22 jantung mula bergerak dan janin telah memasuki peringkat mudhghah. Ulama’ tafsir telah menjelaskan peringkat ini dengan terperinci. Kata Ibnu Kathir: ‘Mudhghah: Seketul, seperti seketul daging yang tidak ada bentuk apa-apa, besarnya sekadar apa yang dapat digigit. Ini bertepatan dengan keadaan janin di awal peringkat ini yang ukurannnya sebesar biji gandum sehingga sebesar  biji kacang tanah (3-5 mm). Janin melalui proses pembesaran yang cukup cepat setiap hari bahkan setiap jam.
Di akhir peringkat ini akan nampak sifat kejadian tangan, kaki, kepala, dada dan perut demikian juga dengan organ dalaman tubuh, sedang tubuh zahirnya masih dengan seketul daging, inilah yang digambarkan dalam Al-Quran;

  ثم من مضغة مخلقةٍ وغير مخلقة…}. الحج 5}
Maksudnya: “Kemudian kami jadikan seketul daging yang sempurna kejadiannya dan  yang tidak sempurna”. [Al-Haj: 5].
Dari nas ini jelas bahawa kejadian bentuk manusia bermula di peringkat ini, dan dari ilmu janin pula menegaskan bahawa kejadian bentuk manusia bermula pada awal minggu keempat hingga kepada sebelum tamat minggu keenam, selepas itu akan bermula peringkat baru pula.

Empat: Peringkat kejadian tulang.

Di minggu ke tujuh ini bermula satu proses baru, iaitu timbulnya tulang dan tubuh mula menjadi kuat. Kata Ibnu Kathir: ‘Yakni kami jadikan bentuknya mempunyai kepala, tangan, kaki dengan tulang-tulang dan urat sarafnya’.
Kata As-Syaukani [4]: ‘Allah menjadikannya keras supaya menjadi tiang kepada tubuh mengikut bentuknya yang khas’.
 Mengikut ilmu janin tulang dijadikan pada awalnya kemudian dibaluti dengan daging pada akhir minggu ke tujuh dan sepanjang minggu ke lapan.
 Dengan ini berakhirlah peringkat kejadian bentuk manusia dengan bentuk yang begitu kecil, apabila tamat minggu ke lapan dikira berakhirlah peringkat ‘janin’, selepas itu disebut dengan nama peringkat ‘hamil’ atau dalam Al-Quran disebut peringkat ‘An-Nash-ah’.
Peringkat kejadian yang berbentuk  “النشأة خلقا آخر”.
 Peringkat ini bermula pada minggu ke sembilan, janin membesar dengan perlahan hingga minggu ke dua belas, kemudian ia membesar dengan cepat hingga ke akhirnya.
Ia mempunyai beberapa ciri yang tertentu di antaranya;
 Berlaku proses pembesaran semua anggota sebagai persediaan untuk menjalankan tugas masing-masing.
 Janin sudahpun di tiupkan roh kepadanya mengikut pendapat kebanyakkan ulama’ tafsir. Kata Ibnu Kathir: ‘Kemudian kami tiupkan roh kepadanya dan ia mula bergerak dan menjadi satu kejadian makhluk yang mempunyai pendengaran, penglihatan, perasaan dan gerakan’.
Kedua: Nas Hadis yang menjelaskan kejadian janin.
Hadis pertama:
Imam Muslim rahimahullah meriwayatkan dari ‘Abdullah bin Mas’ud r.a katanya:
(حدثنا رسول الله صلى الله عليه وسلم -وهو الصادق المصدوق- قال: “إن أحدكم يُجمع خلقه في بطن أمه أربعين يوما، ثم يكون في ذلك علقة مثل ذلك، ثم يكون في ذلك مضغة مثل ذلك، ثم يُرسل الملك فينفخ فيه الروح. ويؤمر بأربع كلمات: بكتب رزقه وأجله وعمله وشقي أو سعيد”). صحيح مسلم رقم 2643..
Maksudnya: “Rasulullah saw telah menceritakan kepada kami –sedang Baginda adalah orang benar yang telah dibenarkan kata-katanya- sabdanya: “Bahawa seseorang kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari, kemudian pada masa itu dijadikan segumpal darah seumpamanya, kemudian pada masa itu dijadikan seketul daging seumpamanya, kemudian Allah mengutuskan seorang Malaikat untuk menulis empat kalimah  dan diarahkan agar menulis; amalannya, ajalnya, rezkinya dan untung jahat atau untung baik, kemudian ditiupkan rohnya…”. [Sahih Muslim No. 2643].
Hadis kedua:
Dari Huzaifah bin Usaid r.a, Sabda Nabi saw:
إذا مر بالنطفة ثنتان وأربعون ليلة، بعث الله إليها ملكا، فصورها وخلق سمعها وبصرها وجلدها ولحمها وعظامها، ثم قال: يا رب أذكر أم أنثى؟ فيقضي ربك ما شاء ويكتب الملك…). صحيح مسلم رقم: 2645.
Maksudnya: “Apabila air mani telah melalui proses selama 42 malam Allah mengutus kepadanya seorang malaikat, maka ia membentuk rupanya, menjadikan pendengarannya, penglihatannya, kulitnya, daging dan tulangnya, kemudian malaikat bertanya: Wahai Tuhan, janin ini lelaki atau perempuan? Maka Allah telah menentukan apa yang dikehendakinya, dan malaikat menulisnya…”. [Sahih Muslim No. 2645].
 Dalam hadis yang pertama Nabi saw telah menceritakan dihimpun kejadiannya dalam masa 40 hari, jadi apakah maksud himpun  (جمع) dalam hadis ini?
Maksud himpun (jama’a)  ialah menghimpun sesuatu dengan yang lain selepas berserakan.
Dari hadis ini boleh dibuat kesimpulan bahawa Nabi saw mengisyaratkan kepada berhimpunnya sel-sel dalam rahim yang banyak pada peringkat ini dan menjadi janin.
Demikian juga hadis ini menunjukkan kepada proses kejadian janin yang pertama; segumpal darah kemudian seketul daging semuanya bermula dan selesai kejadiannya dalam masa 40 hari. Tidak ada riwayat yang sahih menunjukkan perkataan ‘Nuthfah’ air mani dijadikan dalam masa 40 hari pertama.
Hadis ini berbeza dengan hadis riwayat Imam Al-Bukhari dengan adanya tambahan (في ذلك) ‘pada masa itu’, dengannya fahaman menjadi jelas dan bertepatan dengan penemuan saintifik mengenainya serta hilanglah semua keraguan yang ditimbulkan oleh musuh Islam.
Maka dengan riwayat ini proses kejadian janin dihimpun selama 40 hari yang pertama dari umurnya, demikian juga proses menjadi darah kemudian seketul daging terjadi dalam masa 40 hari, kerana lafaz (في ذلك) ‘pada masa itu’ kembali kepada masa (40 hari), ada pun isyarat (مثل ذلك) ‘seumpamanya’ mesti kembali kepada sesuatu dan yang paling hampir di sini ialah menghimpunkan kejadian
 (جمع الخلق) .
Hadis kedua pula Nabi saw telah menjelaskan bahawa sebelum berlalunya 42 hari tidak mungkin dapat  dibezakan kejadian janin sebagai seorang manusia dan belum sempurna sifat kejadiannya.

Ketiga: Menjelaskan khilaf yang berlaku dalam memahami erti hadis.

 Syeikh Abdul Majid Az-Zandani telah mentaufiqkan di antara hadis-hadis yang terdapat dalam masalah ini.
 Telah jelas dari dalil-dalil syara’ dan hakikat kajian ilmiah yang kukuh bahawa pendapat yang mengatakan janin melalui proses 40 hari tiap satu peringkat adalah tidak tepat berdasarkan kepada dalil-dalil yang akan disebut dibawah ini;

 Pertama: Hadis Ibnu Mas’ud r.a telah diriwayat oleh dua Imam, Al-Bukhari dan Muslim, tapi riwayat Muslim menambah perkataan (في ذلك) dua kali sebelum lafaz (علقة) dan (مضغة), tambahan ini sahih dan dianggap sebagai asal kepada matan hadis untuk menerima kedua-dua riwayat, dengan ini riwayat yang sempurna kepada hadis ini ialah riwayat Imam Muslim.

 Kedua: Al-Quran   telah menyebut bahawa tulang dijadikan selepas terjadinya seketul daging, Nabi saw dalam hadis Huzaifah telah menjelaskan bahawa awal kejadian tulang ialah selepas 42 malam dari bercampurnya air mani, maka dengan ini fahaman yang mengatakan tulang dijadikan selepas 120 hari bercanggah dengan apa yang diriwayat oleh Huzaifah, juga bercanggah dengan kajian saintifik mengenai kejadian tulang bermula pada minggu yang ke enam, bukan selepas minggu ke 17, ini menguatkan lagi maksud hadis Huzaifah.

 Imam Abdul Rahman Ibnu Rajab [5] telah menjelaskan perkara ini dalam menghuraikan hadis Ibnu Mas’ud r.a yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, lafaznya hampir sama dengan riwayat Al-Bukhari, katanya: ‘Riwayat Imam Ahmad yang menunjukkan bahawa janin tidak dibaluti dengan daging kecuali selepas 160 hari, ini adalah satu kesilapan. Perawi Ali bin Zaid iaitu Ibnu Jud’an tidak boleh dibuat hujjah riwayatnya’.
 Beliau juga mengatakan: ‘Zahir hadis Ibnu Mas’ud r.a menunjukkan bahawa rupa janin, kejadian pendengarannya, penglihatannya, kulitnya, daging dan tulangnya adalah di awal 40 kedua, maka ini bererti di awal 40 hari  kedua itu sudah dijadikan daging dan tulang’.
 Tiga: Bercanggah juga dengan gambaran kejadian janin yang dijelaskan oleh Al-Quran.
 Janin pada hari ke 20 atau 30 atau 39 tidak boleh lagi disifatkan sebagai air mani. Dan pada hari ke 60 atau 70 tidak boleh lagi disifatkan seperti segumpal darah kerana ianya telah sempurna kejadiannya. Demikian juga tak mungkin pada hari ke 80 hingga 120 mengganggapnya seperti seketul daging kerana ianya telah lama selesai kejadian dan setiap anggotanya telah pun menjalankan tugas masing-masing.

Ke Empat: Bilakah Roh ditiupkan?

 Isu ini tidak dapat dijelaskah  oleh ilmu sains tapi ianya dijelaskan oleh nas-nas Syara’. Tidak ada –mengikut kajian ulama’- nas yang jelas lagi sahih kecuali hadis ‘menghimpunkan kejadian manusia’ (جمع الخلق) yang diriwayat oleh Imam Al-Bukhari, Muslim dan lainnya dari ‘Abdullah bin Mas’ud r.a yang telah tersebut di atas.
 Telah ittifaq ulama’ Islam bahawa janin akan ditiupkan roh selepas selesai peringkat kejadian ‘mudhghah’ (seketul daging) berdasarkan nas hadis Nabi saw yang jelas. Begitu juga kejadian seketul daging dijadikan pada 40 hari pertama sebagaimana hadis jama’al khalq dan hadis Huzaifah, demikian juga dengan penemuan kajian saintifik tentang janin. Yang sahihnya roh akan ditiupkan selepas 40 hari pertama dari umur janin bukan sebelumnya dengan yakin. Tapi bilakah terjadi peristiwa tersebut dengan tepatnya? Selepas dua bulan atau tiga bulan atau lebih atau kurang? Tidak ada siapa yang boleh menentukannya dengan tepat selepas 40 hari pertama, kerana tidak ada nas yang sahih tentangnya.
 Namun boleh diijtihadkan secara lebih kurang berdasarkan firman Allah;

{ ثم سواه ونفخ فيه من روحه } السجدة 9.

Kemudian Allah menyempurkan (kejadiannya) dan meniupkan ke dalam (tubuh)nya roh (ciptaan)-Nya”. [As-Sajadah: 9].

Boleh difahami dari ayat ini bahawa roh ditiup selepas sempurna kejadiannya, iaitu selepas minggu ke lapan, inilah apa yang disimpulkan oleh kebanyakan ahli tafsir.
Iaitu sebelum berakhirnya minggu ke lapan semua anggota asas telah dijadikan, maka dengan ini mungkin roh ditiupkan pada janin selepas proses kejadiannya pada minggu ke sembilan atau sepuluh, atau selepas selesai kejadian anggota jantinanya pada minggu ke dua belas atau selepasnya, wallahu a’lam.
Boleh juga diandaikan janin sudah mempunyai roh berpandukan kepada gerakannya. Sheikh Ibnu Al-Qayyim  [6] telah menggambarkan keadaan janin sebelum dan selepas ditiupkan roh, katanya; ‘Adalah gerakan janin untuk membesar seperti gerakan tumbuh-tumbuhan, gerakannya tidak berpandukan kepada kehendaknya, kemudian selepas ditiupkan roh berhimpun gerakan perasaan dan kehendaknya  kepada gerakan pembesarannya”.
Telah sabit dalam kajian saintifik gerakan janin dapat  dikesan pada peringkat awal, iaitu pada minggu ke lapan atau ketika kandungan janin sebesar 3sm atau panjang janin lebih kurang 15mm. Demikian juga dapat  dilihat gerakan pernafasan, anggota bahagian atas, denyutan jantung, kerdipan mata dan sebagainya. Gerakan tangan ke mulut, lidah dan menghisap jari semuanya dapat  dilihat diminggu ke enam belas, iaitu sebelum 120 hari.

Thursday, October 10, 2013

Coti Coti Chinta

Satu malam tu sambil duduk-duduk tengok tv dengan suami, tetiba terdetik dalam hati... yunk, kalau kita pergi jalan-jalan serunuk jugak kan? lantas suami pon cakap, okay jom kita pergi USS.. wahh!! terus senyum sampai ke pagi.. Tido pon senyum.. ahhahahahahhahaa..

Maka we ols decide nak pergi pada 15 September sempena cuti hari Malaysia pada 16 September 2013. We ols pergi 3 hari 2 malam. Bertolak pada hari Sabtu 14 Sept tu pagi-pagi (semangat sangat kan). We ols stay kat Tune Hotel JB sebab murah sikit kan. Engko gila tengah-tengah bulan nak cek in di Hotel kat Singapore tu? heehhehehe. Lagipun Tune Hotel ada sekali tiket shuttle bas  terus ke USS. Pada aku, senang naik shuttle bas sebab tak tahu jalan-jalan kat Singapore, nak lalu imigresen bagai, rumit. Kalau naik bas rilex je. Bas gerak pukul 7.30pagi betul-betul depan Tune Hotel then balik pukul 7.30petang(pitam ronda-ronda dalam uss tu hokei). Lagi satu, tiket bas ke USS tu boleh beli sendiri di kaunter Odessey kat bawah Tune Hotel tu dengan harga RM30 seorang. Tapi aku beli terus masa booking hotel dengan harga RM25 seorang. Ok, jimat RM5.

Tiket masuk ke USS pulak aku beli dekat satu web ni.. Hakak ni memang ada jual tiket masuk ke USS & Legoland dan memang boleh dipercayai lah. Aku dapat tau pasal ni pon sebab rajin godek-godek blog orang. Yelah, before pergi mana-mana haruslah buat survey dulu kan. Okaylah harganya.. Aku beli dengan harga RM140 sekeping tiket. Kalau nak dibandingkan dengan harga yang kita beli melalui web Resort Sentosa, memang banyak untung ok. Sesiapa yang nak boleh la email pada hakak ni (lan_ieza@yahoo.com). Meh layan gambar kat bawah....




Haaa... ini lah rumah ogre si Shrek. Tapi masa ni hujan renyai-renyai Shrek nye tak keluar. Baru nak peluk-peluk dengan Shrek.. heheehehee. Takde jodoh.




Ini pulak Far Far Away castle... Istana Princess Fiona. Kat dalam ni kita boleh tengok 4D cerita Shrek. Kerusi siap goyang-goyang okay. And masa donkey tu bersin, tepercik air kat muka kita okay. Tetiba rasa macam geli... Tapi tu cuma air biasa je.



Yang ni terpaling best sekali. Transformers Ride. Rasa nak naik sekali lagi tapi tak sanggup nak beratur panjang-panjang. Kalau korang taknak beratur panjang-panjang boleh beli sekali Express Ticket. Beli sekali masa beli tiket masuk ke USS tu. Haa.. kat sini memang sangat best okay. Kita akan naik satu kereta(konon-konon kita kena tolong diorang semua selamatkan dunia ni la). Kita akan pakai spek 4D sama macam Shrek jugak tapi yang ni lebih real sebab kita naik kereta sebenar. Memang superb!! menjerit-jerit la dalam tu. Hilang semua tensen-tensen. hihihi


Okay mamat misai kontot ni gatal. Dia yang panggil-panggil we ols untuk ambik gambar.


Ride dalam ni tak masuk sebab we ols lapar yang amat masa ni. Cepat-cepat nak pergi makan kat satu restoran dalam tu. Makan ala-ala nasi arab gitu... Okaylah tapi taklah sedap sangat. Boleh la untuk kenyangkan perut. Resoran tu nama Oasis Spice Cafe. Yang penting halal kann. Tips : Sila bawak bekal roti, coklat, gula-gula dan air buat alas perut.



Ehem. Sama lah awak dengan yang sebelah tu.



Ni Alex Madagascar. Comel je. Ni masa parade. Diorang akan buat perarakan dalam pukul 5 macam tu. Kira persembahan terakhir lah.



Okay masa ni dah nak balik. Buhbye USS. Tapi memang best sangat-sangat. Sila lah pergi. Budak-budak mesti suka... (mak bapak budak pun suka okay) kihkihkih.

Sampai sini jela kot. Banyak lagi gambar tapi takkan nak tepek semua ye dak? kira ni percutian untuk memujuk hati dari encik suami la sebab gugur haritu kannn.. ecewah.. terima kasih pada suami. I love You.


Lepas ni kita nak pergi mana pulak ye???




Tuesday, October 8, 2013

KAHWIN

Alhamdulillah...... Tanggal 10/11/2012 aku selamat berkahwin dengan suami tercinta. Syukur tak terkata. Tapi sedih sikit lah sebab masa aku kahwin tu Abah dah tak bersama kami lagi. Dia telah kembali berjumpa Maha Pencipta. Macam mana ye nak gambarkan perasaan masa tu? Masa tu aku rasa Happy dan Bersyukur tapi dalam masa yang sama aku rasa sangat sedih. Sebab arwah Abah tak sempat nak wali kan anak perempuan bongsu nya. Takdir yang harus diterima. Abah pergi betul-betul 44 hari sebelum aku kahwin. Hikmah bukan? Mungkin Allah menggantikan seseorang yang betul-betul boleh jaga aku selepas Abah? Iya, mungkin.... Syukur.

Lepas 3 bulan kahwin, alhamdulillah aku diberikan rezeki oleh Allah. Happy sangat masa tu bila dah disahkan mengandung. Tapi tak sangka pulak kegembiraan tu datang sekejap aje. Bila usia kandungan aku dah masuk 7 minggu, aku keguguran. Tapi takpe, ini dugaan untuk aku dan suami. Masa tu sedih juga tapi bila ramai kawan-kawan yang alami pengalaman yang sama, aku jadi lega dan positif. Orang kata kandungan pertama memang biasa macam tu. Nanti bila dah mengandung kali ke dua inn syaa Allah akan okay.

Tak sampai 3 bulan selepas gugur tu, aku mengandung semula (rajin no engko ngandung kan??) hahhahahaaa.. Alhamdulillah sekali lagi rezeki di berikan oleh Allah. Mengandung kali ni aku biasa jela. Takde la risau sangat, nak buat tu tak boleh nak buat ni tak boleh. Semuanya aku buat. Kat ofis tak payah cakap lah, belari-lari kesana kemari. Sampai hakak opis pon tegur lah, ehhh! kau ni kesian akak tengok, bz sangat ye. Apa nak buat, dapat bos fussy dan "baik hati" sangat kan? hurmm.. Masa tu pulak bulan puasa makanya aku perlu berpuasa.

Masa dah cukup 3 bulan, aku pon set appoitment nak buat buku merah kat klinik kesihatan putrajaya. Tapi masa scan tu doc cakap jantung baby da stop. Masa tu aku just fikir, mungkin scanner klini kerajaan ni tak power. Tapi dalam hati memang dah dapat agak ada something yang akan jadi. Husband tak puas hati, balik dari klinik kesihatan terus dia ajak pergi klinik swasta untuk repeat scan. And the result still sama. Masa tu memang dah tak dapat tahan air mata. Nangis-nangis dalam kereta. Lagi seminggu nak raya masa tu. Kami diuji sekali lagi. Tapi aku redha. Maka aku terpaksalah berpantang macam orang bersalin kat kampung aku. sepatutnya raya tahun di rumah mertua tapi apakan daya, keadaan tak mengizikan. Maafkan Yanie ye mak abah. huhuhu.. Aku just positif dengan semua dugaan ni. Tapi kadang-kadang terfikir jugak. Kadang-kadang ada rasa rindu pada anak-anak tu walaupun aku tak pernah tengok diorang tapi diorang pernah hidup dalam perut aku. Maafkan ibu kalau ibu tak jadi ibu yang baik untuk anak-anak ibu. Tapi bila fikir balik yang diorang akan tunggu aku dan suami kat "sana" aku jadi redha dan boleh terima semuanya. Dan fikir, siapalah aku nak menidakkan apa yang jadi ni? Ini semua hak Allah... bukan hak aku dan suami, bukan hak kita semua. Sebab semua yang kat dunia ni adalah pinjaman dariNya. Maka harus sedar diri... Syukur alhamdulillah dari jutaan umat manusia di dunia ini, aku yang terpilih untuk diuji dan terus diuji begini. Mungkin Allah selalu rindu nak dengar aku berdoa padaNya? Syukur... Cuma aku yang sombong tak mau meminta-minta denganNya. Ya Allah, ampunkan aku. 

Tapi tak mengapa, semua rezeki yang ada di dunia ni, Allah dah tentukan. Yang penting ikhlas dan redha... Yang penting nak happy-happy je sekarang, enjoy with my husband. Semoga semua orang yang aku sayangi, yang pergi tinggalkan aku tenang dan bahagia di "sana". Amin.

Okaylah cukup kat sini dulu.. Haaa.. nak share gambar kahwin sikit lah... nah tengoklah aku tempek kat bawah ni (eh ade orang tengok ke???) alah kalau takde pon takpe lah, blog ni tempat aku meluahkan apa yang aku rasa kennnnnnnn..... okayyyyyyyy.... muahh.







Hapdet

Uhuk uhuk uhukkkkkk.... wahhhhh! berhabuk hokeiiii...
lama gila tak hapdet blog ku ini... macam-macam sawang dan habuk dah bekumpul...
Rasanya... ermmm rasa-rasanya nak mula aktif balik berblog... Nak cerita tentang apa yang dah terjadi sepanjang ketakhapdetan belog ini.... huhuhuhuhuhu... Lame gila kot...

okay okay... buhbyeeee!!