Tuesday, November 5, 2013

Anak

Selamat datang November... Alhamdulillah, ramai kawan-kawan yang mengandung seangkatan dengan kandungan 1st aku yang dulu dah selamat melahirkan. Mungkin kalau aku punya rezeki, aku sama-sama menunggu hari atau tengah dalam pantang. Hehe. Takpe lah nak buat macam mana. Kau perlu redha Yanie!

Kenapa Bayi gugur dalam kandungan??

"Dan ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri: "Bukankah Aku Tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan Kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai tentang (hakikat tauhid) ini"---Surah Al-A'raf,ayat 172


Ayat 172 tersebut mengesahkan bahawa ada perjanjian di antara roh dan Allah s.w.t. Roh datang ke dunia dengan pilihannya sendiri. Dia diberi PILIHAN. Samada mahu kekal sebagai roh atau menjadi manusia. Di Luh Mahfuz, Allah bentangkan perjalanan hidup kita sekiranya kita memilih untuk menjadi manusia. Sulit atau senang, kaya atau miskin, cacat atau sempurna suatu hari nanti,tiada bersembunyi. Semuanya dipertontonkan.


Roh ingin sekali menjenguk dunia, merasai kasih sayang ibu dan ayah, memiliki cinta, merasai senang dan susah, merasai cabaran...maka ia memilih menjadi manusia. Maka bersaksilah Roh tersebut dihadapan Allah s.w.t, membuat perjanjian tauhid dengan kalimah dua shahadah "ʾašhadu ʾan lā ilāha illa Allāh, wa ʾašhadu ʾanna Muḥammada rasūllullallāh "

Ditiupkanlah roh tersebut kedalam jasad janin seorang ibu.


Berkata roh kepada dirinya. "Aku memilih dunia dan pilih menjadi manusia. Adakah aku mampu menghadapi segala cabaran, kesulitan yang bakal mendatang?" Pikir dan pikir. "..........aku nampak semuanya, walaupun aku rindu mahu memeluk ibu dan ayahku, merasai kasih sayang mereka, tapi boleh kah aku survive nanti?..rasanya aku tak sanggup........."


Maka, ditariklah kembali roh tersebut pulang kepadaNya...di Luh Mahfuz.....kerana roh tersebut tahu yang dia tak mampu nak menghadapi dunia barunya nanti.
Dan di dunia ini, yang menanti bakal kehadiran cahaya matanya, bersedih dengan kehilangan tersebut. Tapi percayalah, bahawa segala yang berlaku pasti ada sebab dan hikmahNya.



Mungkin anak aku tak sanggup nak hadapi dugaan dan cabaran di dunia ini. Maka dia buat pilihan menunggu aku disana. Tapi aku akan berdoa setiap hari semoga aku dapat merasai nikmat menjadi ibu didunia ini. Berbalik kepada niat kenapa aku nak anak? kenapa? apa niat aku?? 

Saya inginkan anak kerana Allah..... 
Saya ingin meramaikan umat Nabi Muhammad
Saya ingin mendidik anak saya menjadi seorang anak yang soleh/solehah, seorang anak yang menghafaz al-Quran dan anak yang boleh membawa saya ke syurga ....
Saya ingin anak yang boleh mendoakan saya nanti...



Tapi itu semua rahsia Allah yang Esa. Sekuat mana kita berusaha, sekuat mana kita inginkan kalau Dia kata tiada maka tiada lah. Kalau Dia taknak bagi maka tak bagi lah. Kalau Dia nak bagi sekelip mata boleh bagi. Apa-apa pun aku bersyukur. Bersyukur dan bersabar. Inn Syaa Allah........... Bersangka baik dengan Allah.





*Mungkin aku terlalu banyak dosa. Kadang-kadang rasa malu untuk meminta, tapi siapalah aku kalau tak meminta? mintalah sepuas-puasnya. Hanya dengan Allah kita boleh meminta, tiada yang lain selain Allah!









No comments:

Post a Comment