Tertarik dengan maksud Hadith di bawah :
Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan disisi Allah ada pahala yang besar ( Surah At-Taghabun, 64:15)
Anak-anak adalah amanah dari Allah S.WT dan ianya sebahagian dari ujian Allah S.W.T kepada hamba-hambanya.
Sebagai ujian, ianya dipertanggungjawabkan.
Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.
Rasulullah bersabda :
"Tahukah engkau siapakah orang yang mandul?" Berkata para sahabat : Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : " Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi manfaat kepadanya sesudah ia meninggal dunia."
Disini kita dapat lihat bahawa bukan kuantiti yang menjadi ukuran tetapi kualiti anak-anak itu. Jika kita mempunyai seorang anak yang soleh/solehah yang sering mendoakan ibu-bapa, lebih elok berbanding mempunyai anak berbelas-belas tetapi melupakan ibu-bapa mereka, yang tidak membawa kebaikan untuk ibu bapa mereka di akhirat nanti.
Anak juga sebenarnya ujian untuk kita. Tanggungjawab di bahu kita. Sama ada kita mampu mendidik mereka menjadi orang yang berguna yang mengikut perintah dan ajaran agama ataupun tidak. Sungguh! Sangat besar tanggungjawab itu.
Semoga kita sebagai anak dan juga anak-anak kita yang bakal lahir akan menjadi anak yang soleh/solehah yang selalu mendoakan ibu-bapa, yang menghafaz al-Quran, yang sentiasa patuh pada ajaran agama dan Allah SWT, yang akan menjadi pejuang agama Allah dan yang akan menolong kita di akhirat kelak. Inn syaa Allah. Amin.
No comments:
Post a Comment