Thursday, October 30, 2014

Bila?? Bila?? Bilaaa???

Minggu ni dah nak masuk 38 weeks tapi baby still tak engaged lagi... Wahai baby, bila awak nak keluar ni?? Aishh..... Cepat-cepat sikit la keluar tu.... Dah tak sabar nak jumpa dengan awak ni.

Hari Isnin haritu checkup 37 weeks doc kata baby dah kat bawah tapi kepala tak masuk laluan lagi. Maknanya lambat lagi lah ni bersalinnya. Tanda-tanda pon takde lagi ni. Rilex je boleh jalan-jalan, gi keje macam biasa. Orang lain pulak yang seram tengok. Hek ehh! Tapi tak suka la bila orang asyik tegur " ehh!! ada lagi? tak bersalin lagi ke?? eiii dah sarat ni tengok..." grrrrrr!

Sabor jela... Dah baby taknak keluar lagi. Sedap duduk dalam perut kot, mommy die makan macam-macam. Nanti dah keluar kena minum susu je ye.. hihihihi..

Camne ye nak bagi baby cepat engaged? Sekarang kalau pergi kerja saja parking jauh-jauh, naik tangga sebab nak banyakkan berjalan dan bergerak dengan harapan si baby  akan turun cepat. Tapi rasa cam same je. Masih bertenaga.


Takpelah, sabar menanti. Semoga baby keluar cepat-cepat dan dipermudahkan. Mommy dan Abah sabar tunggu kamu sayang. Nanti kita jumpa k... muahhmuahhh! lebiuu baby A!! hihihi

Wednesday, September 3, 2014

Khabar Gumbira

Lalaaallalalalaalalalalalalalalalalalalalalalaa........


I'm happy!! Dua tiga hari ni kitorang ada dapat khabar gembira yang memang dah lama kitorang tunggu-tunggu. Akhirnya doa kitorang didengar dan dimakbulkan juga.. hakhakhak...

Tak sabar nak menunggu saat itu... Masa dapat berita ni dua tiga hari yang lepas, rasa nak melompat bintang tapi dek kerana berat badan yang melampaui batas sekang ni, tak jadi la aku nak melompat.

Terus rasa nak nyanyi lagu kiniiiii bebaaasssssss... wah gituww... Nampak tak happy kat situ?? Siap nak buat pulut kuning hokeiii. Tanda bersyukur, boleh?? hihihi...


Happy happy happy !!!



Tuesday, July 1, 2014

Puasa

Hai Assalamualaikum... lame tak tulih belog. Penyakit malas nak menaip.. Memang sekarang ni semua benda pon malas nak buat. Makan malas, mandi malas, jalan malas, masak malas semua la malas. Tido je tak malas. Melampau kan?

Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke-4 umat Islam berpuasa. Inn syaa Allah lagi 26 hari kita akan menyambut Syawal.. Hek ehhh! Baru berapa hari puasa dah berkira-kira nak raya. Baju dan kelengkapan raya satu hape pun tak beli lagi. Mintak-mintak la tahun ni dapat bonus raya lagi dari PM. Boleh la buat tambah apa yang kurang. Hehehehe.. 

Tahun ni aku sambut puasa dekat rumah mak Pahang sebab raya tahun ni inn syaa Allah di Banting. Tahun ni meriah kat Banting sebab ramai beraya kat sana, ramai anak-anak buah. Raya kalau nak meriah kena ramai budak-budak. Hihi. 

Tu jela kot.. Apa-apa pun Selamat Berpuasa u olsssss!



Tuesday, April 29, 2014

Nadiku

Dengarlah bintang hatiku 
Aku akan menjagamu 
Dalam hidup dan matiku 
Hanya kaulah yang ku tuju 

Dan teringat janjiku padamu 
Suatu hari pasti akan tepati 
Aku akan menjagamu 
Semampuku dan sebisaku 
Walau ku tahu ragamu tak utuh 
Ku terima kekuranganmu 
Dan ku takkan mengeluh 
Karena bagiku engkaulah nyawaku 

Dengarlah bintang hatiku 
Aku akan menjagamu 
Dalam hidup dan matiku 
Hanya kaulah yang ku tuju 

Dan teringat janjiku padamu 
Suatu hari pasti akan tepat 

Aku akan menjagamu 
Semampuku dan sebisaku 
Walau ku tahu ragamu tak utuh 
Ku terima kekuranganmu 
Dan ku takkan mengeluh 
Karena bagiku engkaulah nyawaku 

Aku akan menjagamu 
Semampuku dan sebisaku 
Walau ku tahu ragamu tak utuh 
Ku terima kekuranganmu 
Dan ku takkan mengeluh 
Karena bagiku engkaulah nyawaku 

Aku akan menjagamu 
Semampuku dan sebisaku 
Walau ku tahu ragamu tak utuh 
Ku terima kekuranganmu 
Dan ku takkan mengeluh 
Karena bagiku engkaulah nyawaku 

Karena bagiku…. 
Engkaulah nyawaku…


Monday, April 7, 2014

Hohh??? Apakah..??

Hai u ols. Harini terasa nak tulis pasal isu orang baru kahwin. Alhamdulillah, perkahwinan memang di tuntut dalam Islam. Niat kahwin kerana Allah atas dasar cinta inn syaa Allah berkat. Cewahhh gituu!

Tapi ada sesetengah manusia yang baru kahwin ni suke benor la kira weekly, monthly anniversary. Iye, tau korang baru kahwin. Tengah serunuk lagi. Tapi tak payah kot tiap minggu or tiap bulan kira anniversary. Pulak tu pergi pos dekat Facebook macam awak sorang je berada dalam alam rumah tangga. Hohh!

Boleh, sebenarnya tak salah kalau nak buat macam tu. Tapi rasanya biarlah kita dan pasangan kita je yang tau. Yang rasa manisnya. Kalau tiap-tiap bulan pergi pos bagitahu semua orang monthly anniversary awak, orang yang tengok mula-mula sweet ni pon lama-lama naik menyampah. Kalau di bulan pertama mungkin boleh terima. Kalau tiap-tiap bulan???? Hohh tak boleh hadam rasanya. Pulak tu lelaki yang pos. Hatdoiii.... 

Okay cukupla setakat tu je merepek. Huhu.. 



Happy 1st month anniversary...

Happy 2nd month anniversary...

2 tahun kemudian..... (anniversary pun dah lupe)

tettttttttttttt.................




bye!!

Thursday, April 3, 2014

The Devil Wears Bata

Kalau hari Jumaat je mesti nak mengamuk.

Cuba lah bawak berzikir.

Banyak-banyak ingat Allah sikit.

Daripada terpekik terlolong marahkan orang.

Eh, tak faham lah.

Apa lagi yang dia nak.

Semoga Allah merahmati kami semua.


Sunday, March 16, 2014

Perpisahan

Perpisahan...

Setiap orang pasti pernah dan akan melalui perpisahan. Macam aku dah banyak kali melalui perpisahan. Pedih? Memang la pedih tapi siapa aku nak menghalang semua kehendak Allah. Perpisahan yang paling terkesan yang pernah aku lalui dalam hidup aku pernah terjadi TIGA kali, dan hari ni perpisahan yang KEEMPAT.

Perpisahan yang pertama. Bila arwah abah meninggal. Masa ni sangat tak sangka yang dia akan pergi tinggalkan kami semua. Tak sangka sebab doktor bagitahu yang jantung die dah normal dan takde masalah. Dia meninggal pun sebab sakit perut je. Sudah sampai waktu die. Tapi yang paling terkesan mestilah aku, sebab cukup-cukup 40 hari sebelum hari aku bernikah. Tapi aku tak nangis depan mak aku sebab takut die risau dan sedih. Aku jadi setabah yang boleh. Alhamdulillah aku berjaya. Allah knows best.

Perpisahan kedua. Bila aku keguguran kali pertama. Siapa tak sedih kehilangan anak walaupun tak pernah tengok pon muka anak tu. Tapi aku cuba tabah jugak menghadapi kehilangan kali kedua ni walaupun jarak kehilangan yang pertama dan kedua ni agak dekat. Dah la sebelum nikah abah meninggal. Lepas nikah dapat berita gembira tetiba gugur pulak. Baru je nak rasa bahagia. Dugaan mungkin. Allah knows best.

Perpisahan ketiga. Bila aku keguguran kali kedua. Yang ni aku tak berapa tabah sangat sebab aku memang harapkannya kali ni. Tapi apakan daya. Memang bukan rezeki aku. Dan memang ujian aku masih belum tamat. Tapi aku tetap cuba dan terus cuba tabah. Jadi kuat dan tabah setabah-tabahnya. Mungkin orang menyampah or meluat tengok aku selalu pos quotes pasal keguguran pasal anak, tapi mereka tak pernah melaluinya. Memang mereka tak akan faham. Memang mereka menganggap remeh bende ni atau pon meluat tapi mereka tak ada kat tempat aku. Mereka mungkin belum diuji oleh Allah. Maka mereka tak sedar ada orang yang sedih bila tengok diorang pos gambar or sebagainya. Tapi dalam masa yang sama aku bersyukur dan mendoakan mereka. Semoga mereka sentiasa berbahagia. Amin. Aku nak bagitahu aku pos quotes tu bukan nak raih simpati tapi sebagai UBAT UNTUK RAWAT HATI aku sendiri. Sebab tiada siapa yang boleh rawat hati aku ni melainkan aku sendiri. Alhamdulillah lama-lama aku tabah juga. Allah knows best.

Perpisahan keempat. Perpisahan pada hari ini. Aku dan suami bersepakat nak letak kucing-kucing kami kat kampung Banting. Maafkan kami Mimo, Etot dan Bella. Kami sayang kamu semua tapi kami terpaksa buat semua ni. Semoga kamu faham dan sentiasa doakan kami seperti selalu. Kami dah muak bila ramai sangat orang mengaitkan keguguran/susah dapat anak dengan kucing. Jadi kami buat keputusan untuk hantar kamu semua tinggal dengan atok dan nenek kat kampung Banting. Jangan risau, 2 3 hari sekali kami datang lawat kamu ye. Nanti kami akan ambil kamu semua semula... Kami sayang kamu semua tau. Hanya Allah yang tahu apa yang ada dalam hati kamu dan hati kami ni. Hanya Allah yang tahu niat kami dan doa kamu... Jadi kami harap semuanya akan baik-baik je lepas ni. Semoga kita bersama semula nanti. Semoga Allak ketemukan kita dan satukan kita sekeluarga di Syurga nanti. Inn syaa Allah sebab Allah knows best... 


 bella

 bella & mimo
 etot
 etot
mimo

Monday, January 27, 2014

From My Little Angel

Daddy please don't look so sad
Mommy please don't cry
Cause I am in the arms of God
And He sings me lullabies
Please, try not to question God
Don't think He is unkind
Don't think He sent me to you
and then He changed his mind.
You see, I am a special child
and i'm needed up above
I'm the special gift you gave Him,
the product of your love.
I'll always be there with you
and watch the sky at night
Find the brighters star that's gleaming,
That's my halo's brilliant light
You'll see me in the morning frost
that mists your window pane
That's me in the summer showers
I'll be dancing in the rain
When you feel a little breeze
from the gentle wind that blows
That's me I'll be there
planting a kiss on your nose
When you see a child playing
and your heart feels a little tug
That's me I'll be there giving your heart and hug
So, daddy please don't look so sad, Mommy don't you cry
I'm in the arms of God and he sings me lullabies..........


Wednesday, January 8, 2014

Bisnes, jual barang, promote barang????

Assalamualaikum...

Dah lame tak hapdet belog. Bizi sikit.. bizi melayan perasaan sendiri.. wah gituwww... Kali ni aku nak luahkan apa yang aku rasa secara peribadi la ya.

Berkenaan dengan bisnes-bisnes online yang orang sibuk duk buat sekarang ni. Kalau kat FB tu kita tengok 5 min sekali diorang akan pos status or gambar berkenaan dengan bisnes diorang tu. Pulak siap tag gambar tersebut dekat kita. Pastu kau pun bagitahu betapa berjayanya bisnes kau pada semua orang. Tapi aku tengok tak kaya-kaya lagi pun. Kadang tak faham bisnes apa yang diorang buat ni. Bisnes jana wang, kau hanya perlu online pastu duit kau akan beranak banyak-banyak... hahhh? Boleh ke macam tu? Kau beli simkad dan topap dengan modal RM8.90 lepas tu kau boleh guna topap internet tu sampai bila-bila dan duit kau akan jadi banyak. Lepas tu kau kena cari 5 orang atau lebih duduk di bawah rangkaian kau (mungkin in MLM cara cyber??)  Fikir tak sumber duit tu dari mana? Kalau kau hanya pos gambar atau status tanpa tag sesiapa mungkin boleh terima lagi, yelah sebab kau berbisnes kan haruslah promote bisnes kau. Lepas tu kalau ada kawan-kawan yang buat bisnes macam ni, contoh la kan, kita hanya nak bertanya khabar mereka sihat ke tidak, macam mana kehidupan sekarang, diorang pulak pergi promote suruh jadi downline dorang. What theeeee????? Adoiiii potong betul la... Niat yang baik terus jadi tak baik sebab terpaksa memaki hamun didalam hati.

Satu lagi, jual barang... Contoh macam aku pos status berkenaan dengan anak ke dan apa-apalah(padahal takde apa-apa pun). Terus komen bagitahu cuba try produk dia sebab ramai dah berjaya. Hello???? benda-benda ni sensitif okay? Kau komen kasi public semua nampak. Macam aku ni bermasalah kesuburan sangat kan. Apa kalau makan produk tu terus boleh dapat anak ke? Dan lebih malang bila setiap kali kau pos gambar(promotion kononnya) kau akan tag nama-nama orang yang "tak subur" ni sekali.. Okay rimas. Bukan taknak berusaha atau cuba tapi cara kau promosikan benda tu pada aku tak kena. Kalau lebih berhemah mungkin aku boleh beli produk kau. Nampak orang-orang macam ni desperate sangat. Kemon la.

Sama jugak dengan produk kecantikan. Cerita pung-pang cakap produknya yang terpaling hebat sekali boleh gebu macam Nora Danish.. Tapi bila tengok wajah penjualnya sedehhhhhhh, aku rasa elok lagi kulit muka Norlia Ghani. Kemon la, kena bijak sikit kot. Dan cool sikit, Iya memang bisnes macam tu. Kau kena promote barang-barang dan bisnes "MLM" kau tu pada orang kalau tak orang tak nampak. Tapi cara tu.... Cara tu aku rasa kena bijak dan sopan sikit kot... Jangan tiap kali aku pos status or gambar, kau selit iklan bisnes kau "visit my IG untuk produk subur, makan hari ini esok terus bersalin" haaaa gitu kann??? Hadooo???

Apa-apa pun sebenarnya yang kita nak buat kite kena berbalik kepada agama. Iya, tak dinafikan Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : “9/10 daripada rezeki itu adalah datangnya dari perniagaan. Tapi perniagaan yang macam mana? Kalau perniagaan beli simkad tiba-tiba duit kau boleh jadi banyak tu boleh ke? Dari mana datang duit yang banyak tu? Fikir-fikirkan lah... Memang semua orang nak berjaya dan kaya tetapi cara kita nak ke arah itu bagaimana? Jangan sampai kita menyentap hati-hati disekililing kita sebab nak kaya sangat. Yang penting kena bijak dan berhemah. 


Sekadar luahan peribadi...