Kenapa saya suka balik kampung?
Sebab kat kampung ada emak dan abah saya. Mereka kebahagiaan saya. Kalau boleh hari-hari saya nak tengok muka mereka, sebab bila saya tengok muka mereka secara automatik hati saya jadi tenang. Emak selalu masak sedap-sedap untuk saya. Saya sangat suka. Walaupun emak hanya masak telur goreng tapi rasanya sangat ajaib dan sedap hingga menjilat jari.
Bila saya sedih, saya perlu juga tengok muka mereka supaya saya tidak sedih lagi. Tapi saya tidak boleh lihat muka mereka hari-hari, sebab itu saya suka balik kampung walaupun bukan pada hari raya. Bagi saya, setiap kali balik kampung setiap kali itu lah saya menyambut hari raya. Huhu. Peduli apa orang nak kata yang penting saya suka. Saya pergi cari kebahagiaan saya sendiri. Saya pernah dengar Dato' Fadzilah Kamsah kata, 'jangan tunggu sampai ibu-bapa rindu pada kita (jangan sampai mereka call kita sebab rindu)'.
Bila saya sakit, saya perlu juga tengok muka mereka supaya saya kembali sihat. Kalau tak dapat tengok muka mereka, dengar suara pun jadilah. Sangat besar pengaruh mereka dalam hidup saya. Sebab mereka anugerah terbaik yang Allah kurniakan pada saya. Sebab mereka IS THE BEST MEDICINE for me. Sebab mereka adalah IBU-BAPA TERBAIK saya selama-lamanya.....