Thursday, April 14, 2011

: How I Meet Your Mother :

Hah, nebes tak? Nebes tak? Pada siapa-siapa yang dah berkahwin, pasti pernah melalui situasi yang same ye dak? Rasa macam berdebar, cuak, gigil, ketor, nak cakap ape?, nak bawak ape? nak pakai ape? Of kos la sebab 1st impression is important. Dari situ la orang akan judge kita... Okay, bagi tips sikit, tapi Cik Yanie pun x pernah lalui lagik.... Sekadar pengetahuan jela yek..



#1. Kenali siapa bakal mertua anda      Tanyalah dgn buah hati pengarang jantung awak tu, emak ayah dia jenis camne. Sporting ke, garang ke,  tak banyak cakap ke. Ini semua penting sebab nak tau awak boleh ngam tak dgn diorang. Takkan ngam dgn anak dia je tapi mak bapak nye plak awak tak pedulik. Oh tak boleh camtu yer...

#2. Masa
      Seeloknya bertandang la masa majlis keramaian atau hari perayaan. Contohnya hari Raya Aidilfitri, Raya Haji, majlis hari lahir dsbnya di mana kedatangan anda amat lah dialu2kan. Yelah open house gitu... Pas2 kalau buah hati pengarang jantung awak tu dah janji dgn parents ia nak kenalkan awak pada mereka jangan la ditangguh2kan. Diorang pun nak tau gak sape yg kawan dgn anak diorang.

#3. Pakaian
      Untuk ladies pakailah pakaian yg sopan. Dalam gobok banyak je baju kurung moden dan tradisional, baju kebaya yg cun2... Kalau awak jadik mak orang, mesti awak tak suke lau anak awak pakai seksi-meksi... Berdarah hidung orang beriman huhu... Untuk guys plak pakai la kemeja. T-Shirt boleh pakai hari lain yer... Bukan ape lau kemeja tu nampak la awak tu up sket walaupun kerja biase2 je...

#4. Topik perbualan
      Sekali lagi tanyalah buah hati pengarang jantung awak tu topik perbualan ape yg sesuai utk dijadikkan modal bercakap. Ini penting supaya pertemuan korang takdelah sunyi sepi jer. Contohnya lau bakal mak mertua awak suke berkebun, maka topik yg sesuai berkebun la. Kalau bakal bapak mertua awak ialah AJK surau maka topik yg sesuai berkaitan aktiviti keagamaan lah...

#5. Budi bahasa
      Budi bahasa tu budaya kita. Kalau awak memang orang yg memang berbudi bahasa, bersopan-santun, berhemah maka takde masalah bila jumpa bakal mertua korang. Sejuk mata memandang tengok orang yg berbudi bahasa nie tak gitu...

#6. Jadi diri sendiri
      Pendek kata jadilah diri sendiri. Janganlah menipu diri sendiri dgn menjadi orang lain. Bukan orang tak nampak awak perangai pelik.. Diorang pon curiga kot... Yelah diorang dah makan garam lagi lama dari kita. Muka kita pon diorang dapat baca.


Okay, rasa-rasa dah ready nak jumpa future metua? he he he... GUD LUCK!

2 comments: