Saya ada misi (bukan misi nurse tu okay). Ya! saya ada misi yang perlu di laksanakan. Kira-kira 3 minggu lepas teRtimbangkan diri setelah sekian lama tak timbang berat badan, dan hasilnya amat memeranjatkan buah ginjalku..
Selama ni berat badan tak pernah lebih dari 52kg. Tetapi haritu result menunjukkan 52.6 kg.. Ohhhhhhhh! naik 600 g.
Terus rasa bimbang akan bentuk tubuh dan berat badan. Tiba-tiba ada satu suara seakan berbisik di telinga aku "Kalau tak kawal dari awal, dah lama-lama susah nanti... tu la tak bersenam lagi. Bukannya nak nampak cantik sangat tapi bersenam tu kan baik, untuk kesihatan. Dah, lepas ni ikut apa saya suruh, jangan nak malas-malas".. (bila encik Cipmunk dah bersuara maka aku harus patuh).
Yela-yela... aku tau aku malas bersenam, suka tido.. sobs! sobs! Tapi dah ada orang yang nak tolong ajar dan bimbing kenapa perlu elak dan taknak kan? Beliau siap print senaman yang sesuai siap dengan panduan sekali. Baiklahhh !!! Terima kasih untuk itu.
Jadi rutin aku setiap petang balik dari kerja akan naik tangga dari tempat parking ke tingkat 8, kalau aku rasa tak larat, aku akan mula dari tingkat 2(naik lif dulu). Lepas tu aku akan lompat skipping sebayak 200-300 kali (buat dalam bilik je). Lepas skipping aku akan buat senaman perot atau sit up guna mesin abs worker (sehari buat dalam 100-150), kalau larat boleh buat lebih tapi aku tak larat.. huk.
Satu lagi senaman perut yang aku buat ialah 'plank'. Hah, bende ni memang sangat sangat sangat memenatkan bila buat tapi lepas tu akan rasa fit. Berpeluh-peluh la engko bila buat ni.
Lepas tu aku akan buat senaman untuk punggung. Untuk punggung aku selalu buat lunges. Senaman ni untuk cantikkan punggung tapi aku tak tahu lah nanti punggung aku akan jadi cantik ke tak kan? hahaha...
Aku akan buat senaman untuk perut hari-hari tapi senaman untuk punggung dan kaki selang sehari atau dua hari tengok keadaan (nasihat daripada trainer aku). Berjogging adalah senaman yang paling cepat untuk membakar kalori. Tapi aku takde geng nak jogging. Nak jogging sorang-sorang mak tak bagi pulak.
Aku buat semua ni dalam masa 2 minggu lebih dan setelah ditimbang hasilnya aku dapat 51kg lebih. Masa naik kat penimbang tu hidung kembang kuncup je kan. hahahahahahaha! Terima kasih Encik Cipmunk kerana jadi trainer dan penasihat tak bertauliah.Tak perlu nak diet sangat atau tahan makan. Just kurangkan pengambilan makanan berlemak/berkalori tinggi dan bersenam sudah cukup. Misi aku belum tercapai, aku ada lagi 1 kilo lebih untuk capai target berat 50kg sesuai dengan ketinggian aku. Jadi, berusahalahhh kepada diri sendiri.
Agak-agak aku dapat tak bentuk badan macam ni ??? >>>>>>>>>>>
CETAPHIL BABY MOISTURISING BATH & WASH REVIEW
-
Hi dan assalamualaikum.
Kebanyakan baby dan toddler ada kulit yang delicate & sensitif. Samalah
macam anak-anak I. Especially Nolan, kulit dia memang ters...
4 years ago