Wednesday, April 6, 2011

Fesyen Tudung

Hai semua...! Okay, hari ni aku rasa nak share pasal fesyen tudung. Kalau kita tengok sekarang ni, dah banyak sangat fesyen-fesyen tudung yang ada di pasaran. Macam-macam la sampai tak tahu yang mana nak pilih. Semuanya cantik-cantik belaka and trendy also.




Okay, tudung yang norjuma pakai ni namanya tudung bawal (ala, korang mesti tau kan) hehehe. Tudung ni femes masa mula-mula Wardina Safiyah pakai. Masa tu Wardina yang create 'toncet' kat kepala, kat bahu kanan dan kiri and ramai la yang follow trend ni masa tu (aku sekali tapi macam tak cun je aku buat 'toncet' tu) kui3.

Tudung ni simple je and sesuai digayakan dengan semua pakaian (agree?). Even sampai sekarang pon aku still nampak ramai yang menggayakannya. Kiranya tudung ni macam evergreen la... ihik.





Lepas tu, muncul pulak Ekin dengan tudung sarungnya tu. Tudung ni paling senang nak pakai sebab boleh sarung terus kat kepala. Kemas dan selesa jugak. Puan emak paling suka pakai tudung ni sebab senang katanya. Heee.




Bila zaman dah berubah, makin banyak la fesyen tudung yang muncul. Salah satunya shawl yang macam Fatin Liyana yang cumil ni pakai. Shawl ni digayakan bersama inner yang kat dalam tu. Haa, fesyen ni macam jadi satu fenomena la kat 'awek2' bertudung sekarang ni. Rata-rata remaja perempuan (yelah, mana ade remaja lelaki pakai tudung) sekarang memang akan pakai tudung macam ni. Kat mana-mana jela. Nampak style and trendy bukan? Cantik dan cumil. Aku pon turut suka pakai macam ni tapi tak de la sekiut FL tu. Ehehehehehehhe... malu ahh..





Dan sekarang, fesyen yang terbaru dan menjadi ikut-ikutan mereka-mereka yang gemar menggayakan tudung yang trendy2 ialah Hana Tajima. Siapa Hana Tajima ni? Hana Tajima ni seorang gadis kacukan British dan Jepun dan bekerja sebagai fesyen designer dan juga kawan baik kepada YUNA(sangat cute okay Hana ni tapi dah kahwin). Apa yang menarik, Hana Tajima ni create fesyen tudung yang kreatif and style. Tak hairan la kalau ramai yang sedang follow gaya ini sebab nampak sangat cool dan sangat bergaya. Siapa kata wanita bertudung tak boleh bergaya?

Okay, setakat ni dulu.. kalau ada informasi yang salah sila la tegur dan bagi pandangan.. Sharing is Caring rite? hehe..

chau!

4 comments: